Tuesday, December 13, 2011

~KeLas DecOupaGe LaGi~











Assalamualaikum dan salam sejahtera, minggu ni kelas decoupage di hadiri Cikgu Hanim dr Kedah dan Siti Nuraisyah dr Puchong.. Kak Hanim datang sebelah pagi dan Aishah pada waktu petangnya.. Kak Hanim seorang guru sentiasa berulang alik antara Kedah dan Selangor kerana suaminya bekerja disini.. Ibu kepada 4 orang cahayamata lelaki yg semuanya berjaya ke menara gading.. Kak Hanim memilih utk membuat decoupage diatas swich plate, manakala Aisyah yg memiliki sebuah kedai makan di Puchong dan meminati aktiviti luar seperti memancing dan sukan superbike memilih utk membuat decoupage diatas botol, siapa sangka Aisyah yg begitu sopan tutur katanya meminati aktiviti yg jarang dilakukan wanita lain, Ibu kepada 3 orang cahayamata yg sedang membesar, Aisyah mencabar dirinya utk melakukan aktiviti yg disukai oleh wanita pula iaitu decoupage.. Kedua2nya ditemani suami tercinta yg setia menunggu sehingga kelas selesai, diharap ilmu yg disampaikan dapat membantu mereka melakukan decoupage dgn lebih yakin..InsyaAllah..

No comments: